Wednesday, September 18, 2019

Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis


Bab 6: Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis

Pengenalan
    Kemahiran memproses maklumat merupakan satu peringkat untuk menguji kebolehan pelajar menggabungkan dan mengintegerasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskian hasil yang dihasilkan melalui prinsip induksi atau deduksi. Pelajar perlu menguasai kemahiran memproses maklumat kerana ia adalah amat penting dalam proses pembelajaran sepanjang hayat. Ia memerlukan pembabitan atau penglibatan  yang berterusan dalam bidang pembelajaran dan penilaian maklumat.

6.1 Menganalisis maklumat yang dikumpul
       Analisis  data merupakan  satu proses menggunakan  data bagi memberikan  maklumat yang berguna untuk mencadangkan kesimpulan dan menyokong setiap  keputusan yang bakal diambil. Dalam data menganalisis, tiga data atau lebih perlu ada untuk dianalisis. Data kualitatif dan kuantatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu memudahkan proses analisis. Maklumat kualitatif berbentuk nombor manakala maklumat kualitataif berbentuk teks, lakaran, rajah, foto dan sebagainya.
        Kita juga perlu mencari pola dan kategori, persamaan, menerangkan trend dan pertanyaan, katalogkan pemerhatian, bilang dan bandingkan serta membuat anggaran  terhadap data yang dianalisis. Maklumat yang telah disusun atau diproses perlu dianalisis untuk membuat kesimpulan yang jelas dan tepat. Terdapat beberapa tujuan untuk menganalisis data ,antaranya ialah  menghubungkaitkan fakta,mensintesis data,membandingkan fakta,membaca yang tersirat dan yang akhir sekali ialah membuat kesimpulan.

Langkah analisis data dapat dibahagikan kepada  lima.

Langkah 1
-Tengok maklum balas secara lalu
-Ambil nota berdasarkan tema yang muncul,isu  atau faktor
-Cari item  yang berulang atau penting
-Pemerhatian video,audio
-Temubual,rekod atau taip semula
-Boleh guna bentuk jadual,ditulis mengikut tema

Langkah 2
-Pilih 3-4 tema/kategori yang muncul dan bina matriks
-Cuba buat carta  bukti  berkaitan tema utama
-Letak tema/kategori di atas dan senaraikan pelajar di bahagian tepi
-Boleh guna kod warna ,membuat perbezaan  mengikut kategori

Langkah 3
-Jika boleh,bincang tinjaun  dengan pendidik lain
-Baca  tinjauan(soal selidik) dan highlight  kata kunci  yang berkaitan  dengan tema  atau kategori  yang telah dikenal pasti.
-Seterusnnya rekodkan dapatan dalam kotak yang bersesuaian dalam kotak yang bersesuaian di dalam carta  matriks  yang telah dibina

Langkah 4
-Tanya(apa  yang telah anda dapat?)
-Rekod pemerhatian pola yang muncul semasa lihat matriks
-Pola konsep
-Pola sikap
-Tulis/rekod pemerhatian di bawah pemerhatian  dibawah  carta  matriks
-Contoh:
ü  Orang pelajar(siapa yang bercakap banyak)
ü  Perkataan ‘takut’ disebut beberapa kali
ü  Sokongan  bacaan jurnal

Langkah 5
-Kesimpulan  yang boleh dibuat
-Perkataan ‘takut’ disebut beberapa kali
-Berikut  ini dinyatakan  ringkasan  data analisis yang boleh dipratikkan  ketika menganalisis  data yang dikumpulkan.

Proses Analisis Data
v  Reka bentuk pendekatan sistematik,simpan semua data
v  Cuba faham maklumat yang ingin disampaikan  oleh data
v  Cuba cari tema dan pola
v  Susun data berdasarkan apa yang dipelajari  daripada data
v  Masukkan semua data,termasuk data yang tidak menyokong apa yang dicari
v  Baca  lebih daripada sekali
v  Bina imej visual dengan cara kreatif
v  Tulis nota ringkas untuk diri sendiri
v  Kongsi dapatan,perbincangan akan timbulkan soalan baru
v  Analisis semua data dan buat nota sepanjang  masa
v  Cari tema dan pola
v  Ringkaskan tema kepada 3 hingga 5 idea
v  Lihat  kembali  data dan semak  tema-tema yang telah dibuat
v  Bina subtema jika perlu
v  Simpan nota secaraberterusan,dapatan kadangkala mengejutkan
v  Semak  maklumatuntuk mencari idea yang kerap  atau muncul secara dominan
v  Kenal pasti perkara utama
v  Cari maklumat yang menyokong  dapatan kajian

No comments:

Post a Comment