6.4 MENSINTESIS
MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS
Peringkat sintesis ialah peringkat untuk menjadikan data dalam bentuk
baru dan bersepadu melalui kemahiran mengolah dan mencadangkan satu pembaharuan
atau kefahaman baru. Antara perkataan yang sering digunakan semasa peringkat
ini ialah rumuskan, membuat keputusan serta kesimpulan, bentukkan ciptaan,
rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan, dan lain-lain lagi. Sintesis adalah
mengabungkan idea, mengubah semula idea dan menyatukan idea. Mensintesis
merupakan aktiviti yang sukar dilakukan kerana ia memerlukan pembaca mempunyai
aras kognitif yang tinggi dan melibatkan pemikiran kritis aras tinggi.
Seterusnya, proses sintesis yang dijalankan dengan baik dan sempurna
akan menjadikan maklumat lebih bermakna agar mudah difahami oleh
pembaca.Laporan bertulis digunakan untuk melaporkan sesuatu hal atau peristiwa
yang berlaku. Dalam menulis laporan, penulis hendaklah mengetahui segala butir
tentang hal ataupun peristiwa, isu mahupun tajuk yang hendak dilaporkan.
Butiran yang perlu dimasukkan adalah butiran-butiran persoalan seperti apa,
siapa, bila, dimana dan mengapa. Pada peringkat sintesis ini, akan memudahkan
pemahaman dari pelbagai sumber maklumat.Melalui sintesis yang dilakukan akan
memberikan beberapa gambaran menyeluruh tentang maklumat yang akan diketahui.
Pelajar perlu menyediakan data yang lebih sistematik supaya data dapat
disintesis dengan lebih sempurna.
Menurut Ellins dan Hopkin(1958), mereka
telah mendefinisikan laporan sebagai dokumen untuk menyampaikan maklumat kepada
pembaca yang khusus. Seterusnya, menurut Noraini ( 1991:69) pula menerangkan
laporan boleh dikategorikan berdasarkan tujuan penulisan yang dikenal pasti
sebagai makluman, pemujukan, penerangan dan sejarah. Modul Latihan Guru Bestari
(2000) menyatakan bahawa sesuatu laporan yang dibuat adalah untuk memberikan
maklumat dan fakta mengenai sesuatu perkara. Laporan dapat membantu pembaca
untuk mengenal pasti masalah dan mencadangkan penyelesaian bagi sesuatu isu
yang dibincangkan. Laporan juga boleh didefinisikan secara mudah sebagai
sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat (presentation of information).
Laporan boleh dibuat sebagai satu komunikasi bertulis atau tidak bertulis bagi
menyampaikan sesuatu maksud kepada pihak yang disarankan.
Selain daripada itu, laporan juga dijadikan sebagai satu dokumen yang memberi
maklumat, melaporkan penemuan, mengemukakan idea, dan kadangkala membuat
cadangan atau syor mengenai sesuatu perkara untuk pembaca tertentu bagi
mendapatkan maklumat berkaitan dengan lebih jelas lagi. Tambahan pula, pelapor
hendaklah mencadangkan beberapa tindakan yang perlu dilakukan dan membuat kesimpulan
terhadap tajuk yang diketengahkan. Bagi mendapatkan laporan yang tepat,
terdapat beberapa perkara yang harus dilakukan. Antaranya ialah:
- Membuat sesuatu penyelidikan atau aktiviti
- Membuat rekod sesuatu peristiwa
- Menganalisa aktiviti
- Mensintesis sesuatu pelan tindakan
- Menghuraikan sesuatu peristiwa
(a)
Tujuan Laporan
Sesiapa sahaja boleh membuat laporan tetapi apa yang penting untuk pelaporan
ketahui adalah tujuan laporan itu disediakan. Berikut adalah tujuan sesuatu
laporan ditulis:
- Mengenal pasti masalah
- Memberikan maklumat dan fakta
- Mencadangkan penyelesaian
- Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan
- Membuat kesimpulan
- Menilai sesuatu penyelidikan atau aktiviti
- Membuat rekod sesuatu peristiwa
- Menganalisa aktiviti perniagaan
- Mensintesis sesuatu pelan tindakan
- Menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur, tindakan,
dan lain-lain
(b)
Kualiti Laporan
Laporan yang berkualiti juga akan lebih meyakinkan pembaca untuk menerima
keputusan atau cadangan yang pelapor akan berikan pada akhir laporan tersebut.
Kualiti sesuatu laporan dapat dilihat melalui prinsip 5C+1P, iaitu:
- Betul / Tepat (Correct / Accurate)
- Padat (Concise)
- Lengkap (Complete / Comprehensive)
- Jelas (Clear)
- Urutan
(c)
Kategori Laporan
Secara umumnya terdapat dua kategori laporan yang perlu pelapor ketahui.
Kategori tersebut adalah seperti berikut:
- Bentuk borang (Form Report)
- Bentuk terbuka / panjang (Extended Report)
Akhir sekali, melalui teknik ini dapat memberikan banyak impak positif
terutamanya kepada para pelajar antaranya ialah boleh meningkatkan kemahiran
berfikir, mengolah, mempunyai keupayaan mempengaruhi dan kebolehan berkomunikasi.
Oleh itu, teknik ini sewajarnya dipratikkan supaya kemahiran belajar dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan.
RUMUSAN
Bab enam telah menjelaskan secara terperinci proses penyediaan laporan sebagai usaha
untuk membantu anda menghadapi gaya pengajaran dan pembelajaran alaf
21. Pendidikan di alaf baru hasil ledakan teknologi dan
perkembanganteknologi maklumat mengundang pelbagai cabaran yang harus ditangani
dengan bijak oleh para pendidik khususnya. Apa yang pasti,
pelaksanaan proses kemahiran belajar ini bukan sahajaakan menguntungkan
sistem pendiikan di negara kita mlh turut bersama-sama meninggikan martabat pendidikan negara kita
amnya.
RUJUKAN (Internet)
Atikishak(2015).GKB 1053-Bab 6-Slideshare. Diakses
daripada 27 Ogos 2019 daripada
https://www.slideshare.net>atikishak.
Munnianwar.(2013). Kemahiran menganalisis maklumat-slideshare.
Dikses 28 Ogos 2019
daripada https://www.slideshare.net>atikishak.
HowHow.(1994). Kemahiran
Menganalisis Maklumat.
Diakses 29 Ogos 2019 daripada
RUJUKAN(Buku)
Syed Ismail
Syed Mustapa et.al.(2016) Kemahiran Belajar. Selangor:Penerbitan
Multimedia.
Ab.
Aziz.Yusof(2009). Pembangunan modal insan
teras pendidikan negera. Penerbit:
Universiti Utara Malaysia.
R.jeyagobi.(2007).
Buku Bestari :Pembestarian proses
pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment