Monday, September 16, 2019


6.2 Mentafsir dan Membuat Kesimpulan

           Mentafsir maklumat merupakan satu kebolehan untuk memberi penerangan  rasional mengenai objek, fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang telah  dikumpulkan.Terdapat pelbagai  tujuan mentafsir  maklumat,antaranya ialah mengesan pola atau corak  berdasarkan maklumat yang diperoleh. Kedua,menyatakan hubungan diantara  maklumat .Ketiga,membuat kesimpulan berdasarkan  data yang dikumpulkan.
       Pentafsiran maklumat juga boleh dilakukan secara individu dan menggunakan teknologi  dalam operasinya.Melalui pentafsiran,anda akan  dapat memberikan  maklumat  yang lengkap  dan berguna  tentang prestasi pembelajaran,bahan atau isu  yang dibincangkan  serta berupaya memberikan maklumat yang benar kepada stakeholders yang lain.

 Prinsip asas dalam pentafsiran maklumat  yang anda perolehi adalah seperti berikut:
Ø  Data yang holistik
Ø  Memastikan  keseimbangan dalammemberikan pendapat
Ø  Pentaksiran  yang tidak mengenepikan unsur  humanistic
Antara ciri-ciri  pentafsiran  yang boleh anda gunakan untuk membuat tafsiran terhadap maklumat yang anda perolehi ialah:
·         Bersifat Holistik
·         Berasaskan elemen
·         Merujuk kriteria
·         Panca instrument
·         Berpusatkan bahan dan tugasan
·         Pelbagai bentuk
·         On-line
·         Berterusan

          Setelah memahami  proses pentafsiran maklumat dalam memproses maklumat,maka adalah diharapkan agar anda akan dapat membuar tafsiran yang tepat terhadap mana-mana maklumat yang diperoleh. Ketepatan maklumat akan membantu pembaca memahami dengan jelas mesej yang akan dikemukakan dalam  penulisan kelak.

Membuat Kesimpulan

             Kesimpulan adalah gagasan  yang dicapai  pada penghujung perbincangan. Kesimpulan  yang dibuat  ke atas data dan teks didapati  bahawa  kesimpulan yang dibuat  keatas data lebih  kerana mengikut kiraan yang telah dilakukan.  Kesimpulan yang dibuat  ke atas maklumat dalam bentuk  tekdidapati sukarkeranatafsiran mengikut khendak  dan keperluan  pentafsir dipengaruhi  nilai dan kefahamannya.

No comments:

Post a Comment