Monday, September 16, 2019


6.3 MENILAI

        Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai teknik dan kemahiran belajar yang telah didedahkan kepada individu yang terlibat di dalam sektor pendidikan atau lebih dikenali sebagai mahasiswa, mahasiswa, pelajar mahupun murid-murid.
        Melalui teknik dan kaedah yang telah kita bincangkan sebelum ini, jelaslah bahawa terdapat pelbagai kaedah jenis maklumat yang boleh diperoleh dan diaplikasikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Menilai adalah merupakan salah satu teknik daripada kemahiran belajar. Dalam pada waktu yang sama tidak semua kaedah boleh diguna pakai serta merta. Terdapat beberapa prosedur yang perlu dilakukan bagi memastikan kesahihan sesuatu maklumat.
       Menilai adalah merupakan teknik yang digunakan sebelum memastikan kesahihan sesuatu maklumat. Terdapat beberapa cara atau teknik yang digunakan untuk menilai sesuatu maklumat antaranya ialah membandingkan fakta dan pendapat, tahun penerbitan dan autoriti, kumpulan sasaran dan penerbit dan akhir sekali ialah bahan popular dan akademik.

I. Membandingkan Fakta dan Pendapat
      Umum mengetahui,bahawa fakta ialah sesuatu hal atau keadaan yang merupakan kenyataan atau sesuatu yang benar-benar ada atau terjadi. Semua fakta mempunyai kebenaran mutlak dan tidak boleh dibantah. Dalam penggunaannya fakta terbahagi kepada dua iaitu fakta umum dan fakta khusus. Fakta umum merupakan fakta keadaan atau peristiwa yang dapat ditemukan atau terjadi secara umum serta merupakan kelaziman. Sebagai tamsilnya, fakta mengatakan matahari terbit dari timur dan terbenam di barat pada setiap hari. Seterusnya fakta khusus pula ialah fakta mengenai keadaan dan peristiwa yang ditemukan terjadi secara khusus atau istimewa pada sesuatu keadaan tertentu sahaja. Sebagai analoginya , Offroader TB Adhi Navigator Adi Indiarto memenangi seri kelima atau seri terakhir kejuaraan GT Radial Savero Komodo MT-Speed Offroad di Sirkuit Harvest City, Bogor minggu malam. Dan akhir sekali, fakta ini merupakan sesuatu yang tidak boleh diubah atau dalam erti kata lain fakta tidak dapat dipertikaikan.
      Seterusnya, pendapat pula ialah merupakan pandangan seseorang atau sesebuah pihak mengenai sesuatu perkara atau isu.Dalam erti kata lain, pendapat ialah kepercayaan atau buah pikiran seseorang mahupun sesebuah organisasi. Ianya tidak semestinya benar, betul dan sahih.

II. TAHUN PENERBITAN DAN AUTORITI
      Penilaian juga dilakukan keatas maklumat yang ingin dijadikan bahan rujukan berdasarkan beberapa kriteria dan standart-standart untuk menilai keberkesanan maklumat tersebut ialah tahun penerbitan dan autoriti.
     Tahun penerbitan ialah bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini. Maklumat-maklumat tersebut hendaklah diperolehi daripada bahan-bahan maklumat terbaharu. Oleh itu, bagi memastikan sama ada maklumat yang diperoleh adalah terkini, Kita boleh menyemak tarikh penerbitan bahan daripada mana maklumat tersebut didapati.
     Seterusnya autoriti pula berperanan untuk mengetahui asal-usul maklumat yang telah diperoleh dan untuk dinilai sama ada maklumat tersebut boleh dipercayai atau sebaliknya. Oleh itu, bagi menentukan kesahihan sesuatu maklumat yang diperoleh, kita oleh menyemak beberapa perkara sebagai tamsilnya
·         Siapakah penulis kepada karya berkenaan?
·         Apakah kelayakan akademik penulis karya tersebut?
·         Adakah pengarang tersebut adalah seorang pakar dalam bidang yang ditulisnya?
·         Apakah karya-karya lain yang pernah dihasilkan oleh pengarang?
      Oleh itu, sekiranya perkara-perkara diatas dinilai, setiap maklumat yang diperoleh adalah benar dan sahih.

III. KUMPULAN SASARAN DAN PENERBIT
      Kemahiran menilai maklumat amat penting kerana ia merupakan proses dalam menentukan sama ada sesuatu maklumat yang diperolehi adalah berguna atau tidak. Artikel adalah merupakan sebuah kertas kerja mahupun kertas cadangan lazimnya ia dihasilkan untuk kumpulan sasaran yang tertentu.Proses ini amat penting bagi menyemak sama ada maklumat yang didapati tersebut adalah bersesuaian atau tidak. Maklumat yang disasarkan kepada golongan belia atau belajar sekolah menengah adalah kurang sesuai untuk pelajar-pelajar yang berpendidikan di universiti mahupun golongan professional. Setiap maklumat yang berkualiti tinggi biasanya dikeluarkan oleh penerbit yang terkenal di peringkat awal , wilayah ataupun antarabangsa.
·         Golongan pelajar sekolah menengah
·         Pelajar-pelajar universiti
·         Golongan profesional
     Akhir sekali, bahan-bahan terbitan penerbitan yang kurang dikenali biasanya sukar untuk ditentukan kesahihannya dan kebiasaannya tidak diutamakan oleh pengguna.


IV. BAHAN POPULAR DAN AKADEMIK
      Sebagai penghias bicara akhir, bahan popular dan akademik adalah merupakan teknik terakhir menilai. Bahan-bahan popular sering memaparkan maklumat yang berbentuk pendapat dan kurang fakta jika berbanding dengan bahan-bahan akademik. Sebagai analoginya bahan-bahan popular. Seterusnya maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan akademik pula kebanyakkan mempunyai rujukan bahan-bahan maklumat yang lain yang telah ditulis oleh penulis.
     Akhir sekali, dalam bidang perguruan kemahiran menilai ini akan membolehkan kita membuat transformasi dan refleksi terhadap apa yang telah dilakukan oleh kita terutamanya  dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini juga membantu agar kita sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru, hasil daripada apa yang telah dilalui.
     Sebagai penutup wacana di atas, kemahiran menilai maklumat bukan hanya digunakan untuk menilai teks pada masa kini. Melalui ledakan maklumat yang berlaku masa kini, maka kemahiran menilai maklumat ini boelh diaplikasikan didalam semua situasi.

No comments:

Post a Comment