Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis
Bab 6: Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis
Pengenalan
Kemahiran memproses maklumat merupakan satu peringkat untuk menguji kebolehan pelajar menggabungkan dan mengintegerasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskian hasil yang dihasilkan melalui prinsip induksi atau deduksi. Pelajar perlu menguasai kemahiran memproses maklumat kerana ia adalah amat penting dalam proses pembelajaran sepanjang hayat. Ia memerlukan pembabitan atau penglibatan yang berterusan dalam bidang pembelajaran dan penilaian maklumat.
6.1 Menganalisis maklumat yang dikumpul
Analisis data merupakan satu proses menggunakan data bagi memberikan maklumat yang berguna untuk mencadangkan kesimpulan dan menyokong setiap keputusan yang bakal diambil. Dalam data menganalisis, tiga data atau lebih perlu ada untuk dianalisis. Data kualitatif dan kuantatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu memudahkan proses analisis. Maklumat kualitatif berbentuk nombor manakala maklumat kualitataif berbentuk teks, lakaran, rajah, foto dan sebagainya.
Kita juga perlu mencari pola dan kategori, persamaan, menerangkan trend dan pertanyaan, katalogkan pemerhatian, bilang dan bandingkan serta membuat anggaran terhadap data yang dianalisis. Maklumat yang telah disusun atau diproses perlu dianalisis untuk membuat kesimpulan yang jelas dan tepat. Terdapat beberapa tujuan untuk menganalisis data ,antaranya ialah menghubungkaitkan fakta,mensintesis data,membandingkan fakta,membaca yang tersirat dan yang akhir sekali ialah membuat kesimpulan.
Langkah analisis data dapat dibahagikan kepada lima.
Langkah 1
-Tengok maklum balas secara lalu
-Ambil nota berdasarkan tema yang muncul,isu atau faktor
-Cari item yang berulang atau penting
-Pemerhatian video,audio
-Temubual,rekod atau taip semula
-Boleh guna bentuk jadual,ditulis mengikut tema
Langkah 2
-Pilih 3-4 tema/kategori yang muncul dan bina matriks
-Cuba buat carta bukti berkaitan tema utama
-Letak tema/kategori di atas dan senaraikan pelajar di bahagian tepi
-Boleh guna kod warna ,membuat perbezaan mengikut kategori
Langkah 3
-Jika boleh,bincang tinjaun dengan pendidik lain
-Baca tinjauan(soal selidik) dan highlight kata kunci yang berkaitan dengan tema atau kategori yang telah dikenal pasti.
-Seterusnnya rekodkan dapatan dalam kotak yang bersesuaian dalam kotak yang bersesuaian di dalam carta matriks yang telah dibina
Langkah 4
-Tanya(apa yang telah anda dapat?)
-Rekod pemerhatian pola yang muncul semasa lihat matriks
-Pola konsep
-Pola sikap
-Tulis/rekod pemerhatian di bawah pemerhatian dibawah carta matriks
-Contoh:
ü Orang pelajar(siapa yang bercakap banyak)
ü Perkataan ‘takut’ disebut beberapa kali
ü Sokongan bacaan jurnal
Langkah 5
-Kesimpulan yang boleh dibuat
-Perkataan ‘takut’ disebut beberapa kali
-Berikut ini dinyatakan ringkasan data analisis yang boleh dipratikkan ketika menganalisis data yang dikumpulkan.
Proses Analisis Data
v Reka bentuk pendekatan sistematik,simpan semua data
v Cuba faham maklumat yang ingin disampaikan oleh data
v Cuba cari tema dan pola
v Susun data berdasarkan apa yang dipelajari daripada data
v Masukkan semua data,termasuk data yang tidak menyokong apa yang dicari
v Baca lebih daripada sekali
v Bina imej visual dengan cara kreatif
v Tulis nota ringkas untuk diri sendiri
v Kongsi dapatan,perbincangan akan timbulkan soalan baru
v Analisis semua data dan buat nota sepanjang masa
v Cari tema dan pola
v Ringkaskan tema kepada 3 hingga 5 idea
v Lihat kembali data dan semak tema-tema yang telah dibuat
v Bina subtema jika perlu
v Simpan nota secaraberterusan,dapatan kadangkala mengejutkan
v Semak maklumatuntuk mencari idea yang kerap atau muncul secara dominan
v Kenal pasti perkara utama
v Cari maklumat yang menyokong dapatan kajian