Wednesday, September 18, 2019

Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis


Bab 6: Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis

Pengenalan
    Kemahiran memproses maklumat merupakan satu peringkat untuk menguji kebolehan pelajar menggabungkan dan mengintegerasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskian hasil yang dihasilkan melalui prinsip induksi atau deduksi. Pelajar perlu menguasai kemahiran memproses maklumat kerana ia adalah amat penting dalam proses pembelajaran sepanjang hayat. Ia memerlukan pembabitan atau penglibatan  yang berterusan dalam bidang pembelajaran dan penilaian maklumat.

6.1 Menganalisis maklumat yang dikumpul
       Analisis  data merupakan  satu proses menggunakan  data bagi memberikan  maklumat yang berguna untuk mencadangkan kesimpulan dan menyokong setiap  keputusan yang bakal diambil. Dalam data menganalisis, tiga data atau lebih perlu ada untuk dianalisis. Data kualitatif dan kuantatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu memudahkan proses analisis. Maklumat kualitatif berbentuk nombor manakala maklumat kualitataif berbentuk teks, lakaran, rajah, foto dan sebagainya.
        Kita juga perlu mencari pola dan kategori, persamaan, menerangkan trend dan pertanyaan, katalogkan pemerhatian, bilang dan bandingkan serta membuat anggaran  terhadap data yang dianalisis. Maklumat yang telah disusun atau diproses perlu dianalisis untuk membuat kesimpulan yang jelas dan tepat. Terdapat beberapa tujuan untuk menganalisis data ,antaranya ialah  menghubungkaitkan fakta,mensintesis data,membandingkan fakta,membaca yang tersirat dan yang akhir sekali ialah membuat kesimpulan.

Langkah analisis data dapat dibahagikan kepada  lima.

Langkah 1
-Tengok maklum balas secara lalu
-Ambil nota berdasarkan tema yang muncul,isu  atau faktor
-Cari item  yang berulang atau penting
-Pemerhatian video,audio
-Temubual,rekod atau taip semula
-Boleh guna bentuk jadual,ditulis mengikut tema

Langkah 2
-Pilih 3-4 tema/kategori yang muncul dan bina matriks
-Cuba buat carta  bukti  berkaitan tema utama
-Letak tema/kategori di atas dan senaraikan pelajar di bahagian tepi
-Boleh guna kod warna ,membuat perbezaan  mengikut kategori

Langkah 3
-Jika boleh,bincang tinjaun  dengan pendidik lain
-Baca  tinjauan(soal selidik) dan highlight  kata kunci  yang berkaitan  dengan tema  atau kategori  yang telah dikenal pasti.
-Seterusnnya rekodkan dapatan dalam kotak yang bersesuaian dalam kotak yang bersesuaian di dalam carta  matriks  yang telah dibina

Langkah 4
-Tanya(apa  yang telah anda dapat?)
-Rekod pemerhatian pola yang muncul semasa lihat matriks
-Pola konsep
-Pola sikap
-Tulis/rekod pemerhatian di bawah pemerhatian  dibawah  carta  matriks
-Contoh:
ü  Orang pelajar(siapa yang bercakap banyak)
ü  Perkataan ‘takut’ disebut beberapa kali
ü  Sokongan  bacaan jurnal

Langkah 5
-Kesimpulan  yang boleh dibuat
-Perkataan ‘takut’ disebut beberapa kali
-Berikut  ini dinyatakan  ringkasan  data analisis yang boleh dipratikkan  ketika menganalisis  data yang dikumpulkan.

Proses Analisis Data
v  Reka bentuk pendekatan sistematik,simpan semua data
v  Cuba faham maklumat yang ingin disampaikan  oleh data
v  Cuba cari tema dan pola
v  Susun data berdasarkan apa yang dipelajari  daripada data
v  Masukkan semua data,termasuk data yang tidak menyokong apa yang dicari
v  Baca  lebih daripada sekali
v  Bina imej visual dengan cara kreatif
v  Tulis nota ringkas untuk diri sendiri
v  Kongsi dapatan,perbincangan akan timbulkan soalan baru
v  Analisis semua data dan buat nota sepanjang  masa
v  Cari tema dan pola
v  Ringkaskan tema kepada 3 hingga 5 idea
v  Lihat  kembali  data dan semak  tema-tema yang telah dibuat
v  Bina subtema jika perlu
v  Simpan nota secaraberterusan,dapatan kadangkala mengejutkan
v  Semak  maklumatuntuk mencari idea yang kerap  atau muncul secara dominan
v  Kenal pasti perkara utama
v  Cari maklumat yang menyokong  dapatan kajian

Monday, September 16, 2019


6.2 Mentafsir dan Membuat Kesimpulan

           Mentafsir maklumat merupakan satu kebolehan untuk memberi penerangan  rasional mengenai objek, fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang telah  dikumpulkan.Terdapat pelbagai  tujuan mentafsir  maklumat,antaranya ialah mengesan pola atau corak  berdasarkan maklumat yang diperoleh. Kedua,menyatakan hubungan diantara  maklumat .Ketiga,membuat kesimpulan berdasarkan  data yang dikumpulkan.
       Pentafsiran maklumat juga boleh dilakukan secara individu dan menggunakan teknologi  dalam operasinya.Melalui pentafsiran,anda akan  dapat memberikan  maklumat  yang lengkap  dan berguna  tentang prestasi pembelajaran,bahan atau isu  yang dibincangkan  serta berupaya memberikan maklumat yang benar kepada stakeholders yang lain.

 Prinsip asas dalam pentafsiran maklumat  yang anda perolehi adalah seperti berikut:
Ø  Data yang holistik
Ø  Memastikan  keseimbangan dalammemberikan pendapat
Ø  Pentaksiran  yang tidak mengenepikan unsur  humanistic
Antara ciri-ciri  pentafsiran  yang boleh anda gunakan untuk membuat tafsiran terhadap maklumat yang anda perolehi ialah:
·         Bersifat Holistik
·         Berasaskan elemen
·         Merujuk kriteria
·         Panca instrument
·         Berpusatkan bahan dan tugasan
·         Pelbagai bentuk
·         On-line
·         Berterusan

          Setelah memahami  proses pentafsiran maklumat dalam memproses maklumat,maka adalah diharapkan agar anda akan dapat membuar tafsiran yang tepat terhadap mana-mana maklumat yang diperoleh. Ketepatan maklumat akan membantu pembaca memahami dengan jelas mesej yang akan dikemukakan dalam  penulisan kelak.

Membuat Kesimpulan

             Kesimpulan adalah gagasan  yang dicapai  pada penghujung perbincangan. Kesimpulan  yang dibuat  ke atas data dan teks didapati  bahawa  kesimpulan yang dibuat  keatas data lebih  kerana mengikut kiraan yang telah dilakukan.  Kesimpulan yang dibuat  ke atas maklumat dalam bentuk  tekdidapati sukarkeranatafsiran mengikut khendak  dan keperluan  pentafsir dipengaruhi  nilai dan kefahamannya.

6.3 MENILAI

        Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai teknik dan kemahiran belajar yang telah didedahkan kepada individu yang terlibat di dalam sektor pendidikan atau lebih dikenali sebagai mahasiswa, mahasiswa, pelajar mahupun murid-murid.
        Melalui teknik dan kaedah yang telah kita bincangkan sebelum ini, jelaslah bahawa terdapat pelbagai kaedah jenis maklumat yang boleh diperoleh dan diaplikasikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Menilai adalah merupakan salah satu teknik daripada kemahiran belajar. Dalam pada waktu yang sama tidak semua kaedah boleh diguna pakai serta merta. Terdapat beberapa prosedur yang perlu dilakukan bagi memastikan kesahihan sesuatu maklumat.
       Menilai adalah merupakan teknik yang digunakan sebelum memastikan kesahihan sesuatu maklumat. Terdapat beberapa cara atau teknik yang digunakan untuk menilai sesuatu maklumat antaranya ialah membandingkan fakta dan pendapat, tahun penerbitan dan autoriti, kumpulan sasaran dan penerbit dan akhir sekali ialah bahan popular dan akademik.

I. Membandingkan Fakta dan Pendapat
      Umum mengetahui,bahawa fakta ialah sesuatu hal atau keadaan yang merupakan kenyataan atau sesuatu yang benar-benar ada atau terjadi. Semua fakta mempunyai kebenaran mutlak dan tidak boleh dibantah. Dalam penggunaannya fakta terbahagi kepada dua iaitu fakta umum dan fakta khusus. Fakta umum merupakan fakta keadaan atau peristiwa yang dapat ditemukan atau terjadi secara umum serta merupakan kelaziman. Sebagai tamsilnya, fakta mengatakan matahari terbit dari timur dan terbenam di barat pada setiap hari. Seterusnya fakta khusus pula ialah fakta mengenai keadaan dan peristiwa yang ditemukan terjadi secara khusus atau istimewa pada sesuatu keadaan tertentu sahaja. Sebagai analoginya , Offroader TB Adhi Navigator Adi Indiarto memenangi seri kelima atau seri terakhir kejuaraan GT Radial Savero Komodo MT-Speed Offroad di Sirkuit Harvest City, Bogor minggu malam. Dan akhir sekali, fakta ini merupakan sesuatu yang tidak boleh diubah atau dalam erti kata lain fakta tidak dapat dipertikaikan.
      Seterusnya, pendapat pula ialah merupakan pandangan seseorang atau sesebuah pihak mengenai sesuatu perkara atau isu.Dalam erti kata lain, pendapat ialah kepercayaan atau buah pikiran seseorang mahupun sesebuah organisasi. Ianya tidak semestinya benar, betul dan sahih.

II. TAHUN PENERBITAN DAN AUTORITI
      Penilaian juga dilakukan keatas maklumat yang ingin dijadikan bahan rujukan berdasarkan beberapa kriteria dan standart-standart untuk menilai keberkesanan maklumat tersebut ialah tahun penerbitan dan autoriti.
     Tahun penerbitan ialah bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini. Maklumat-maklumat tersebut hendaklah diperolehi daripada bahan-bahan maklumat terbaharu. Oleh itu, bagi memastikan sama ada maklumat yang diperoleh adalah terkini, Kita boleh menyemak tarikh penerbitan bahan daripada mana maklumat tersebut didapati.
     Seterusnya autoriti pula berperanan untuk mengetahui asal-usul maklumat yang telah diperoleh dan untuk dinilai sama ada maklumat tersebut boleh dipercayai atau sebaliknya. Oleh itu, bagi menentukan kesahihan sesuatu maklumat yang diperoleh, kita oleh menyemak beberapa perkara sebagai tamsilnya
·         Siapakah penulis kepada karya berkenaan?
·         Apakah kelayakan akademik penulis karya tersebut?
·         Adakah pengarang tersebut adalah seorang pakar dalam bidang yang ditulisnya?
·         Apakah karya-karya lain yang pernah dihasilkan oleh pengarang?
      Oleh itu, sekiranya perkara-perkara diatas dinilai, setiap maklumat yang diperoleh adalah benar dan sahih.

III. KUMPULAN SASARAN DAN PENERBIT
      Kemahiran menilai maklumat amat penting kerana ia merupakan proses dalam menentukan sama ada sesuatu maklumat yang diperolehi adalah berguna atau tidak. Artikel adalah merupakan sebuah kertas kerja mahupun kertas cadangan lazimnya ia dihasilkan untuk kumpulan sasaran yang tertentu.Proses ini amat penting bagi menyemak sama ada maklumat yang didapati tersebut adalah bersesuaian atau tidak. Maklumat yang disasarkan kepada golongan belia atau belajar sekolah menengah adalah kurang sesuai untuk pelajar-pelajar yang berpendidikan di universiti mahupun golongan professional. Setiap maklumat yang berkualiti tinggi biasanya dikeluarkan oleh penerbit yang terkenal di peringkat awal , wilayah ataupun antarabangsa.
·         Golongan pelajar sekolah menengah
·         Pelajar-pelajar universiti
·         Golongan profesional
     Akhir sekali, bahan-bahan terbitan penerbitan yang kurang dikenali biasanya sukar untuk ditentukan kesahihannya dan kebiasaannya tidak diutamakan oleh pengguna.


IV. BAHAN POPULAR DAN AKADEMIK
      Sebagai penghias bicara akhir, bahan popular dan akademik adalah merupakan teknik terakhir menilai. Bahan-bahan popular sering memaparkan maklumat yang berbentuk pendapat dan kurang fakta jika berbanding dengan bahan-bahan akademik. Sebagai analoginya bahan-bahan popular. Seterusnya maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan akademik pula kebanyakkan mempunyai rujukan bahan-bahan maklumat yang lain yang telah ditulis oleh penulis.
     Akhir sekali, dalam bidang perguruan kemahiran menilai ini akan membolehkan kita membuat transformasi dan refleksi terhadap apa yang telah dilakukan oleh kita terutamanya  dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini juga membantu agar kita sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru, hasil daripada apa yang telah dilalui.
     Sebagai penutup wacana di atas, kemahiran menilai maklumat bukan hanya digunakan untuk menilai teks pada masa kini. Melalui ledakan maklumat yang berlaku masa kini, maka kemahiran menilai maklumat ini boelh diaplikasikan didalam semua situasi.


6.4 MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS

         Peringkat sintesis ialah peringkat untuk menjadikan data dalam bentuk baru dan bersepadu melalui kemahiran mengolah dan mencadangkan satu pembaharuan atau kefahaman baru. Antara perkataan yang sering digunakan semasa peringkat ini ialah rumuskan, membuat keputusan serta kesimpulan, bentukkan ciptaan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan, dan lain-lain lagi. Sintesis adalah mengabungkan idea, mengubah semula idea dan menyatukan idea. Mensintesis merupakan aktiviti yang sukar dilakukan kerana ia memerlukan pembaca mempunyai aras kognitif yang tinggi dan melibatkan pemikiran kritis aras tinggi.
        Seterusnya, proses sintesis yang dijalankan dengan baik dan sempurna akan menjadikan maklumat lebih bermakna agar mudah difahami oleh pembaca.Laporan bertulis digunakan untuk melaporkan sesuatu hal atau peristiwa yang berlaku. Dalam menulis laporan, penulis hendaklah mengetahui segala butir tentang hal ataupun peristiwa, isu mahupun tajuk yang hendak dilaporkan. Butiran yang perlu dimasukkan adalah butiran-butiran persoalan seperti apa, siapa, bila, dimana dan mengapa. Pada peringkat sintesis ini, akan memudahkan pemahaman dari pelbagai sumber maklumat.Melalui sintesis yang dilakukan akan memberikan beberapa gambaran menyeluruh tentang maklumat yang akan diketahui. Pelajar perlu menyediakan data yang lebih sistematik supaya data dapat disintesis dengan lebih sempurna.
               Menurut Ellins dan Hopkin(1958), mereka telah mendefinisikan laporan sebagai dokumen untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca yang khusus. Seterusnya, menurut Noraini ( 1991:69) pula menerangkan laporan boleh dikategorikan berdasarkan tujuan penulisan yang dikenal pasti sebagai makluman, pemujukan, penerangan dan sejarah. Modul Latihan Guru Bestari (2000) menyatakan bahawa sesuatu laporan yang dibuat adalah untuk memberikan maklumat dan fakta mengenai sesuatu perkara. Laporan dapat membantu pembaca untuk mengenal pasti masalah dan mencadangkan penyelesaian bagi sesuatu isu yang dibincangkan. Laporan juga boleh didefinisikan secara mudah sebagai sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat (presentation of information). Laporan boleh dibuat sebagai satu komunikasi bertulis atau tidak bertulis bagi menyampaikan sesuatu maksud kepada pihak yang disarankan.
            Selain daripada itu, laporan juga dijadikan sebagai satu dokumen yang memberi maklumat, melaporkan penemuan, mengemukakan idea, dan kadangkala membuat cadangan atau syor mengenai sesuatu perkara untuk pembaca tertentu bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan lebih jelas lagi. Tambahan pula, pelapor hendaklah mencadangkan beberapa tindakan yang perlu dilakukan dan membuat kesimpulan terhadap tajuk yang diketengahkan. Bagi mendapatkan laporan yang tepat, terdapat beberapa perkara yang harus dilakukan. Antaranya ialah:

  • Membuat sesuatu penyelidikan atau aktiviti
  • Membuat rekod sesuatu peristiwa
  • Menganalisa aktiviti
  • Mensintesis sesuatu pelan tindakan
  • Menghuraikan sesuatu peristiwa
(a) Tujuan Laporan
            Sesiapa sahaja boleh membuat laporan tetapi apa yang penting untuk pelaporan ketahui adalah tujuan laporan itu disediakan. Berikut adalah tujuan sesuatu laporan ditulis:

  • Mengenal pasti masalah
  • Memberikan maklumat dan fakta
  • Mencadangkan penyelesaian
  • Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan
  • Membuat kesimpulan
  • Menilai sesuatu penyelidikan atau aktiviti
  • Membuat rekod sesuatu peristiwa
  • Menganalisa aktiviti perniagaan
  • Mensintesis sesuatu pelan tindakan
  • Menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur, tindakan, dan lain-lain
(b) Kualiti Laporan
        Laporan yang berkualiti juga akan lebih meyakinkan pembaca untuk menerima keputusan atau cadangan yang pelapor akan berikan pada akhir laporan tersebut. Kualiti sesuatu laporan dapat dilihat melalui prinsip 5C+1P, iaitu:

  • Betul / Tepat (Correct / Accurate)
  • Padat (Concise)
  • Lengkap (Complete / Comprehensive)
  • Jelas (Clear)
  • Urutan
(c) Kategori Laporan
           Secara umumnya terdapat dua kategori laporan yang perlu pelapor ketahui. Kategori tersebut adalah seperti berikut:

  • Bentuk borang (Form Report)
  • Bentuk terbuka / panjang (Extended Report)
             Akhir sekali, melalui teknik ini dapat memberikan banyak impak positif terutamanya kepada para pelajar antaranya ialah boleh meningkatkan kemahiran berfikir, mengolah, mempunyai keupayaan mempengaruhi dan kebolehan berkomunikasi. Oleh itu, teknik ini sewajarnya dipratikkan supaya kemahiran belajar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

RUMUSAN
          Bab enam telah menjelaskan secara terperinci  proses penyediaan laporan  sebagai usaha  untuk membantu anda menghadapi gaya pengajaran dan pembelajaran alaf 21.  Pendidikan di alaf  baru hasil ledakan teknologi dan perkembanganteknologi maklumat mengundang pelbagai cabaran yang harus ditangani dengan  bijak oleh  para pendidik khususnya. Apa yang pasti, pelaksanaan  proses kemahiran  belajar ini bukan sahajaakan menguntungkan sistem pendiikan di negara kita mlh turut bersama-sama  meninggikan martabat pendidikan negara kita amnya.


RUJUKAN (Internet)

Atikishak(2015).GKB 1053-Bab 6-Slideshare. Diakses daripada 27 Ogos 2019 daripada
            https://www.slideshare.net>atikishak.

Munnianwar.(2013). Kemahiran menganalisis maklumat-slideshare.  Dikses 28 Ogos 2019
             daripada https://www.slideshare.net>atikishak.

HowHow.(1994). Kemahiran  Menganalisis  Maklumat. Diakses  29 Ogos 2019  daripada
            https://nychiuyee.wordpress.com>...

RUJUKAN(Buku)
Syed Ismail Syed  Mustapa et.al.(2016) Kemahiran Belajar. Selangor:Penerbitan Multimedia.

Ab. Aziz.Yusof(2009). Pembangunan modal insan teras pendidikan negera. Penerbit:
      Universiti Utara Malaysia.


R.jeyagobi.(2007). Buku Bestari :Pembestarian proses pengajaran dan pembelajaran.